f

Nuffnang Ads

Sunday, 15 February 2015

Punca Kulit kERING & BERMINYAK

1 . KULIT KERING - terjadi akibat kekurangan aktiviti kelenjar minyak (sebum) dlm kulit. - faktor yg mpengaruhi klit krg adalh spt akibat usia tua,pggunaan pembersih,penyakit kronik,terlalu byk mggunakan sabun antiseptik,terdedah kpd sinaran mthari dan mereka yg sering berada dlm ruang berhawa dingin. - ciri2 klit krg adalh klit halus tetapi mudah klihatan kusam,bersisik,cepat berkedut, berbelang putih dan coklat,mgalami dehidrasi,tidak terlihat kelebihan minyak pada daerah T wajah(dahi,hidung,dagu),serta mudah timbul bintik hitam. Cara merawat kulit kering :- • gunakan krim pelembap sekerap mungkin,baik siang ataupun malam • kulit jnis ini mudah gelap n mstilh sllu mggunakan krim pelindung matahari pd siang hari • berhati2 mggunakn sabun pembersih wajah krn ia blh mnambahkn kesan klt kusam yg sdh kering • hindari kosmetik yg mngandungi pH yg tggi

2. KULIT BERMINYAK & BERJERAWAT - jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.Hormon dan JerawatPada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.Bakteria dan JerawatBakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.Pemakanan dan JerawatWalaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.Stress dan JerawatStress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.Alat Solek Dan JerawatSebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.


No comments:

Post a Comment